Sdra. Irris & abu Abbas
Izinkan saya menjawab dari sudut pandang saya,
Memang selepas 8 Mac ada usaha untuk bawa bincang Kerajaan campuran PAS & UMNO. usaha untuk bertemu Ahmad Awang dan Adun2 PAS telah dilakukan, namun PAS dah kuarantin mereka. Ahmad Awang keluarkan kenyataan `daripada bersekongkol dengan UMNO, lebih baik berkawan dengan DAP' walhal UMNO sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar kepada PAS dan terpulanglah ahli MMK yang lain dipilih oleh PAS untuk diberikan kepada UMNO. Kerana itulah Tuanku sendiri melengahkan perlantikan Menteri Besar untuk memberikan laluan agar pemimpin orang melayu ada perundingan.
PAS pada pandangan UMNO hanyalah saingan politik. Tapi bagi saya PAS melihat UMNO sebagai seteru politik bahkan lebih dasyat dari itu, ada yang melayan UMNO seperti kafirun yang halal darahnya.
Persoalah kenapa bagi pada mamak?... itu soalan bodoh dan pertanyaan dangkal. Malayu adalah satu kabilah bangsa (tribe) yang besar melangkaui Cape town Afrika Selatan hingga ke kepulauan Samoa di Pacific... perkampungan Melayu masih wujud di sana... Alhamdulillah saya berkesempatan sehingga ke south Afrika dan Fiji Ireland dalam membentuk jaringan Melayu Antarabangsa. Diaspora Melayu (pecahan Melayu / ethnik kecil Melayu) antara yang terbesar didunia dari jakun, sakai, jawa, banjar, bouyan, mamak, kelins, malabari,iban, malanau dan beratus lagi sub diaspora melayu. Asalnya setiap diaspora melayu ini terikat dengan qanun Melaka yang mengisyaratkan sekali Sultan memeluk Islam maka segala rakyat hambanya juga taat dan patuh kepada amalannya.
Perlembagaan persekutuaan meletakkan `seorang Melayu itu mestilah Islam kerana ada fakta sejarahnya. Atas nama Human Rights, penganut agama lain dan bangsa pendatang yang tiada kaitan dengan kabilah Melayu atau diaspora Melayu berusaha keras mengugurkan ia dari perlembagaan, ini termasuklah Karpal Sing & Lim Kit Siang sendiri.Besarnya jiwa Melayu, siapa saja yang memeluk Islam, orang Melayu menggangap beliau sudah Melayu, walaupun dari Hukum Syaraknya tidak terkandung begitu, namun Hukum Melayu mengira begitu. Lim Kit Siang hendak jadi MB?..masuklah Islam...
Kajilah perundangan... kenali siapa dia Bangsa Melayu, diasporanya... nanti diketawakan orang tak kenal Melayu.
Ni pasal lompat parti, saya juga TIDAK begitu berkenan lompat2 parti ini.. tetapi kita boleh faham.. ini lah politik.. inilah REALITI politik. Naib Presiden PAS Us. Nakhai pernah lompat parti, Presiden PAS Asri Muda pernah lompat parti, Pesuruhjaya PAS Perak Hassan Adli yang dikenali Singa PAS juga mati sebagai ahli UMNO... Jangan lupa hari ini pun Setiausaha Agung PAS, KJ@Kamaruddin Jaafar juga lompat parti from UMNO ke PAS... so what. Anwar Berahim dia tidak lompat parti, dia dinyahkan dari UMNO, UMNO menolak dia, umno ludah dia. Tuan-tuan ambil junjung dia. Dulu kalau dia tidak dibuang oleh UMNO, talak 44 pun dia masih peluk UMNO, tapi apa nak buat semua pintu tertutup. Hari ini dialah jaguh provokasi, menerima amalan lompat parti sehala...
Sejarah UMNO, siapa masuk UMNO di sanjung tapi tidak dijunjung. Jangan harap dia akan dapat tempat yang elok-elok, silap-silap duduk kat kerusi menunggu jer macam Jamaluddin & Othman (mereka pun tahu). Lain dengan PAS atau Keadilan, masuk dapat kedudukan baguz-baguz.. Dulu sekolah atapjer... alih2 masuk PAS jadi Shaikul kabir Al-Fathil Ustazzzzzzz.
Ana pun nak masuk semula dalam PASlah... dapat gelaran Al-Fathil Ustazzz Tumbuk Rusuk.. Betultak Sheikh cukup mengaji kat Ceramah-ceramah Umum dan ikut Usrah dan Tarbiah... ha ustazlah dia. Zamri Qadir tu dah lalui semua ni. Kalau engkorang nak bercakap tentang marhalah tarbiah, tajnid, inqilab.. dah masak dah.. kita orang dah bukak kitab Al-Banna Usul Isyrin, buku Said hawwa, 20-30 tahun dulu... kalau setakat Usrah, tamrin, rehlah, mukhaiyamm, itu zaman kami lalui masa baru lepas aqil baligh dulu, 30 tahun dulu.. Bukanlah angkuh atau riak.. tetapi pengalaman mengajar..
Ha! Ha! relakla brother..Salam...
Monday, February 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mike ingin bercakap pasal sejarah dan melayu sila rujuk ke themalaypress blogspot dan sejarahnagarakedah blogspot.
ReplyDeleteteman memang kadang2 rasa mcm pelik bila baca sejarah melayu yg disumbat oleh org putih, tapi itulah sejarah rasmi melayu dan negara kita yg kita terima bulat2