Sunday, February 8, 2009

Komen buat Dango Mamamat

Salam..Ada beberapa fakta yang salah kena betulkan.

1. Episod beli membeli sebenarnya TIDAK wujud. Jamaluddin & Othman menerima tekanan dalam kes mereka, ianya juga menerima tekanan dari PKR & Pakatan Rakyat. Sokongan rakan2 PKR dan Pakatan Rakyat meleset dan mereka dianggap `exceeded baggage' dalam PR. Hee sememangnya telah hilang keyakinan dengan DAP dan Pakatan Rakyat. Nasarudin keluar parti atas kekecewaan beliau apabila kalah Ketua Bahagian dan menerima kesan `terpinggir' atas kekalahan beliau. Atas kepentingan masadepan beliau, beliau nekad bersama PKR. UMNO mengambil pendekatan memujuk dan memberi jaminan bahawa masalah Nasaruddin akan diatasi, komitmen pertama, Tajol Rosli melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan.

2. Dr. Zamry Abd. Kadir adalah antara beberapa nama yang berpotensi dicadangkan oleh DS Najib dan DS Zahid setalah beberapa nama dipersetujui oleh PakLah untuk dipersembahkan kepada Tuanku Sultan. Urutan 3 nama tidak diketahui.. Tuanku memperkenankan Sdra. Zamri. Realiti politik tak memungkinkan beberapa tokoh politik perak yang pernah disebut2 spt Zahid sendiri, Hamzah Zainuddin, Husni Hanazlah, Ramly Zahari, Nazri dan ramai lagi. barangkali sudah tercatit Lauhul Maffudz Zamri Abd Kadir akan kesitu.

3. Zamri Kadir telah dimaklumkan akan dinamakan antara dicalunkan sejak Tuanku memohon nama-nama yang dicadangkan untuk Perkenan Tuanku.

4. Zamri telah dibertahu secara SULIT keputusan Tuanku untuk favour kepada beliau oleh DS Najib & DS Zahid sejam 4.20ptg lagi. Tetapi tentulah pengumuman itu dibuat oleh PakLah sebagi orang No. 1. Takkan DS Najib pula mengistiharkan... ini bukan nak istihar siapa calun piliharaya kecil. Ini bakal Menteri Besar.

5. DS Najib telah dinasihatkan oleh pihak Keselamatan untuk TIDAK Hadir.. kerana maklumat mereka dikatakan ada usaha radikal pihak pelampau politik pembangkang yang sedang mengatur rancangan yang boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini. Tentulah ketidakhadiran DS Najib mengakibatkan sedikit `demoralised' kpd yang hadir... itu Normal.. jadi `tawo leshor'lah..

6. Kata2 mike `Polis mungkin akan menghalang MB Nizar daripada merapati pejabat SUK. SUK dan polis serba salah dengan permainan yang dimulakan oleh UMNO ini'... Silap tu, Game ini bukan Game UMNO, game ini game Pak Sheikh Anwar Maksumi wal Liwwati yang mulakan. Karpal pun kata Anwar yang mulakan dan cuba membudayakan dalam PR.

Politic is about opportunity, good politician will looking fot oppurtunity, smart politician will create oppurtunity and grab it' smartly... Anwar pakar dalam bab ini, boleh belajar dari dia. tapi kadang-kadang dia terkena juga... apa nak hairankan, bukankah kita ini insan yang kadang terlupa, terleka lalu terkena... orang tua2 selalu berkata, kalau seronok jangan ingke bebenor sampai lupa dunia... esok `mara'(maghe) datang.

Itulah gamaknyer... he he..

Tumbukrusuk

No comments:

Post a Comment